Tuesday, August 19, 2008

Rezeki


Saban hari kita bangun dan bergegas untuk mencari rezeki di muka bumi Allah ini. Persoalannya adakah kita benar-benar mengerti apa itu rezeki sebenarnya?

Kita perlu betulkan diri kita bahawa sebenarnya tuan empunya bagi segala kekayaan di muka bumi ini adalah Allah SWT. Maka tatkala kita bekerja siang malam mencari rezeki pernahkah terdetik di hati kita bahawa kita perlu untuk meminta daripada tuan punya kekayaan ini. Kadangakala kita lupa bahawa apa yang ada pada kita termasuklah segala harta benda dan wang ringgit kita sebenarnya itu adalah pinjaman semata-mata, Allah meminjamkan segala-galanya kepada kita untuk menguji iman kita DAN ianya boleh diambil semula bila-bila masa kerana itu adalah hakNYA. Sebaliknya setiap kali kita menerima rezeki daripadaNYA, beberapa persoalan perlu difikirkan:

Pertama, adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada?

Kedua, adakah kita membelanjakannya sepertimana yang sepatutnya?

Ketiga, adakah kita ini tamak sehinggakan setiap masa kita merasakan ianya tidak pernah cukup dan kita inginkan lagi dan lagi dan lagi? (dan akhirnya wang ringgit menjadi tuhan kita.)


Mulai saat ini aku ingin membetulkan konsep ini dan secara ringkasnya:

i) HARTA DAN KEKAYAAN bukan milik kita dan tidak ada sebab untuk kita kedekut dan rasa berat untuk menderma kepada org yang lebih memerlukannya

ii) tempat yang paling utama untuk memperolehi kekayaan adalah apabila kita pergi memohon daripada tuan punya kekayaan itu ( ALLAH SWT)dan bukannya kepada hamba-hambanya yang lain yang setaraf dengan kita

iii) Kita tidak perlu susah hati tatkala kita tidak berharta, kerana ada atau tidak HARTA dan KEKAYAAN bukan milik kita, ianya datang dan pergi sebagaimana yang pemiliknya ingini.


Dan cara yang paling mudah untuk kaya ialah bila mana kita mula memberi kerana ALLAH SWT sudah berjanji, satu kebaikan kita berikan kepada orang lain, 10 kali ganda akan dibalas. Itulah janji tuan punya segala KEKAYAAN.... dan percayalah bahawa inilah skim cepat kaya yang paling berkesan kerana dijamin oleh tuan punya kekayaan sendiri,....jadi apa yang perlu kita tunggu lagi?


No comments: