Tuesday, September 23, 2008

Berakhirnya Ramadhan



Kita antara sedar atau tidak sudah pun sampai di penghujung Ramadhan AlMubarak dan minggu hadapan kehidupan kita akan kembali seperti biasa...Sambutan Aidilfitri diraikan dengan meriah diseluruh dunia tidak terkecuali negara kita. Alhamdulillah, kita dilimpahi dengan nikmat keamanan, makanan dan pakaian yang cukup dan rezeki yang melimpah ruah.


Sekembalinya kita selepas cuti yang panjang nanti , kita akan meneruskan hidup kita seperti biasa dan sekiranya kita di izinkan maka akan dipertemukan semula dengan Ramadhan yang akan datang...pernahkah kita terfikir bahawa ketika kita meraikan kedatangan Syawal, kita sepatutnya menangisi kepulangan Ramadhan yang penuh keberkatan. Terfikirkah kita adakah amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini sudah memadai, adakah kita benar-benar menghayati Ramadhan kali ini..kalau benar, adakah kita kembali menjadi insan sepertimana sebelum Ramadhan ataupun kita sudah berubah menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya....



Aku bukanlah seorang pendita alim yang boleh menasihati orang lain, sekadar menjenguk kelemahan diriku sendiri..Ya Allah! terimalah taubatku dan amalanku..Ya Allah kekalkanlah imanku..Ya Allah bimbinglah aku...semoga aku berkesempatan menemuimu sekali lagi wahai Ramadhan....